Saturday, June 4, 2011

~~Permulaan Yang Mengerikan~~

Setelah bermula dengan susah payah, dan petanda yang everything will be ok, tiba2 usaha bertani bertukar menjadi mimpi ngeri. Udang harimau kami yang menunjukkan pembesaran sehingga 60 ekor sekilo hanya pada tidak sampai 2 bulan. Pada hakikatnya, penternakan udang harimau kebiasaanya mencapai tempah tuai hanya setelah 3 bulan atau lebih. Ianya adalah sesuatu yang memberansangkan. Namun begitu, dugaan menimpa.

Serangan virus white spot adalah sebuah serangan yang biasa menyerang udang2 penternakan. Kesannya, paling cepat adalah dalam jangka masa 1 hari dan untuk kes2 yang tidak serius, udang akan mati dalam masa seminggu. Ke enam2 kolam yang kami usahakan terkena serangan penyakit white spot. Jumlah kematian adalah dalam angka yang agak membingungkan.

Namun begitu, kami putuskan bahawa kami tidak akan berputus asa. Dan ini adalah palajaran ke dua yang telah kami pelajari. Agak sebak bila memikirkan segala2nya masih belum berpihak pada kami. Namun, apa yang sangat encouraging adalah, walaupon malay adalah kaum minoriti, tp industri penternakan adalah sebuah industri yang seolah2 tanpa sempadan kaum. Semua akan memberi bantuan dan nasihat tanpa mengira bangsa dan agama. U guys is a good examples of 1 Malaysian.

Kesimpulannya, menceburkan diri dalam bidang pertanian dan perikanan memerlukan lebih daripada keberanian dan kesabaran. Setiap sudut dalam bidang ini mempunyai beribu dugaan getir yang perlu kita tempuhi. Sekian coret2 penternakan.

No comments:

Post a Comment