Tuesday, June 21, 2011

~~Peluang Ke-2~~

Hari ahad lalu, aku kami rasa kami telah mendapat sedikit suntikan semangat untuk terus menjalankan business udang nie. En. Hasbullah, seorang jurutera pertanian berkelulusan UPM dan antara yang terkenal di fakultinya(dengan aku ada bau2 something laaa..mcm cousin) datang ke kolam aku untuk melihat2. Dari apa yang dilihatnya, timbul beberapa persoalan dan kami ajukan kembali soalan2 itu kepadanya. Setelah mentelaah dan mengamati, kemudian dia membentang jawapan. Dan semuanya nampak rasional. Sungguh meyakinkan hati.

Isu kemasinan air, ketepuan air, plankton dan pelbagai bahan terlarut menjadi perbincangan. Kami akhirnya mengetahui bahawa kapur sejuk turut akan mempengaruhi kualiti air SEKIRANYA tahap kemasinan air sangat tinggi. Untuk penternakan udang harimau, kandungan kemasinan air adalah tinggi untuk udang kecil dan menjadi seakan2 payau apabila udang meningkat remaja. So, sudah tentunya ada masalah kalau tahap kandungan kemasinan mencecah sehingga 28!

Antara faktor lain yang turut di bincangkan adalah kandungan oksigen terlarut, kandungan amonia terlarut yang boleh menyebabkan beberapa siri tindak balas kimia terhadap penggunaan baja, dan soal tumbesaran udang yang agak kurang sekata. Semuanya diambil kira.

Berdasarkan perbincarangan pada hari itu, kami rasakan adalah sangat baik sekiranya kami bermula dengan mencuci kolam2 ternakan mulai minggu ini. Kemudian, kami perlu fokus untuk proses penyediaan air kolam rawatan. Ini adalah sangat penting bagi menghadapi segala kemungkinan serangan virus dan isu kerosakan kualiti air.

Harap2, semuanya akan dapat difahami, di atasi dan di kecapi.....sekian salam penternakan.....;p

Saturday, June 18, 2011

~~Waktu Terbaik Untuk Menabur Kapur Sejuk~~

Ok, sila ambil perhatian...kapur sejuk bukan bedak sejuk yang dlm botol yang org dulu dok tepek kat pp dahi dagu dan cagu bagai...k. Itu nama die bedak sejuk...sebut betol2, c.o.o.l.;sejuk....hahaha(patut laa student aku banyak x paham ape yang aku terangkan)

Itulah dia pembuka bicara secara ringkas. ngee~~ S.E.R.I.U.S.!!!! Kapor sejuk adalah sebuah product pertanian yang di bangunkan khusus untuk menuteral(newtral/neuteral/ ape2 je lah...x tau aku nak eja) kan tanah pertanian. No, no no no, ia bukan sahaja untuk tanah pertanian, ia jugak berguna untuk perternakan atau ape2 yang berkaitan dengan aquaculture. Hal ini adalah kerana antara kandungan dlmnya adalah, kalsium....nak tau kenape, browse tenet cari sendiri.

Antara kepentingan kepor sejuk kepada penternakan udang, adalah sama penting dengan kenape Ajis satar pakai tepong kat muke sampai jd putih melepak masa nak screen test....ok...KIDDING! Sebab pentingnya kapor sejuk pada penternakan udang adalah sebab, kapur sejuk akan membantu udang yang salin kulit mendapatkan kulit yang shanteek dan cihat. Ini adalah sgt crucial kerana kulit udang yang sihat akan bertindak sebagai penebat kepada penyakit.

So, bila nak tabur kapor? Ini jugak penting bagi mengelakkan pembaziran. 1-apabila cuaca selalu hujan dimana air masin akan menjadi tawar; so kita counter balik keluk penawaran tu dengan kapur sejuk. 2-bila suhu air menjadi panas; ini adalah kerana nama kapor tu sendiri dah mention yang ianya sejuk..haha. Udang x tahan suhu air yang panas. Dia akan timbul reramai seolah2 mogok. Kalau x amek port jugak,ok, bersedialah untuk menghadapi RUGI BESAR sebab udang anda akan stress kemudian MATHEE!3- Setiap kali bulan mengambang penuh dimana udang akan bersalin.....bukan melahirkan anak, tp bersalin kulit..ok..

Setelah berkongsi tips ini, makanya, adalah wajar untuk kata: RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL!!!ngeeee~~

Monday, June 6, 2011

~~Usaha Semalam~~

Semenjak aku kehilangan seseorang, aku hilang minat lansung untuk ke banting. Kadang2 duduk kat kolam untuk sejam pon rasa dah panas bontot. Apatah lagi untuk seminggu. Itulah yang buatkan aku buat keputusan untuk blah terus kalau dapat panggilan. Dan kebetulan, aku diterima bekerja di UNIKOP. Aku anggap itu rezeki. Tp ada jugak kesah disebalik pemergian aku.

Selepas ketiadaan aku kat sana, kerje bertambah banyak. Tekanan kerja kat wak bertambah. Pak Akop pon mula jadi lain. Rupanya itu baru permulaan. Rancangan penternakan itu musnah. Punah sama sekali. Aku masa tu rasa dunia dah gelap. Xde masa depan lagi. Xtau nak salahkan siapa. Nak ditelan mati emak, luah mati bapak...apa anda perlu buat?

Aku rasa kebencian aku kat tapak pertanian tu bermula lepas aku kecewa. Yelah, masa suka dulu ada kat sana. Waktu tu dah lepas. Dah xperlu di ingat2 lagi. Sebab aku dah 100 peratus sure die mmg dah x dpt terima aku. FOR SURE! Itu yang buat aku jdi benci kat tempat tu. Rupanya, perasaan benci aku tu ada balasanya.

Poor me........aduhai laa nasib....

Saturday, June 4, 2011

~~Permulaan Yang Mengerikan~~

Setelah bermula dengan susah payah, dan petanda yang everything will be ok, tiba2 usaha bertani bertukar menjadi mimpi ngeri. Udang harimau kami yang menunjukkan pembesaran sehingga 60 ekor sekilo hanya pada tidak sampai 2 bulan. Pada hakikatnya, penternakan udang harimau kebiasaanya mencapai tempah tuai hanya setelah 3 bulan atau lebih. Ianya adalah sesuatu yang memberansangkan. Namun begitu, dugaan menimpa.

Serangan virus white spot adalah sebuah serangan yang biasa menyerang udang2 penternakan. Kesannya, paling cepat adalah dalam jangka masa 1 hari dan untuk kes2 yang tidak serius, udang akan mati dalam masa seminggu. Ke enam2 kolam yang kami usahakan terkena serangan penyakit white spot. Jumlah kematian adalah dalam angka yang agak membingungkan.

Namun begitu, kami putuskan bahawa kami tidak akan berputus asa. Dan ini adalah palajaran ke dua yang telah kami pelajari. Agak sebak bila memikirkan segala2nya masih belum berpihak pada kami. Namun, apa yang sangat encouraging adalah, walaupon malay adalah kaum minoriti, tp industri penternakan adalah sebuah industri yang seolah2 tanpa sempadan kaum. Semua akan memberi bantuan dan nasihat tanpa mengira bangsa dan agama. U guys is a good examples of 1 Malaysian.

Kesimpulannya, menceburkan diri dalam bidang pertanian dan perikanan memerlukan lebih daripada keberanian dan kesabaran. Setiap sudut dalam bidang ini mempunyai beribu dugaan getir yang perlu kita tempuhi. Sekian coret2 penternakan.