Tuesday, June 21, 2011

~~Peluang Ke-2~~

Hari ahad lalu, aku kami rasa kami telah mendapat sedikit suntikan semangat untuk terus menjalankan business udang nie. En. Hasbullah, seorang jurutera pertanian berkelulusan UPM dan antara yang terkenal di fakultinya(dengan aku ada bau2 something laaa..mcm cousin) datang ke kolam aku untuk melihat2. Dari apa yang dilihatnya, timbul beberapa persoalan dan kami ajukan kembali soalan2 itu kepadanya. Setelah mentelaah dan mengamati, kemudian dia membentang jawapan. Dan semuanya nampak rasional. Sungguh meyakinkan hati.

Isu kemasinan air, ketepuan air, plankton dan pelbagai bahan terlarut menjadi perbincangan. Kami akhirnya mengetahui bahawa kapur sejuk turut akan mempengaruhi kualiti air SEKIRANYA tahap kemasinan air sangat tinggi. Untuk penternakan udang harimau, kandungan kemasinan air adalah tinggi untuk udang kecil dan menjadi seakan2 payau apabila udang meningkat remaja. So, sudah tentunya ada masalah kalau tahap kandungan kemasinan mencecah sehingga 28!

Antara faktor lain yang turut di bincangkan adalah kandungan oksigen terlarut, kandungan amonia terlarut yang boleh menyebabkan beberapa siri tindak balas kimia terhadap penggunaan baja, dan soal tumbesaran udang yang agak kurang sekata. Semuanya diambil kira.

Berdasarkan perbincarangan pada hari itu, kami rasakan adalah sangat baik sekiranya kami bermula dengan mencuci kolam2 ternakan mulai minggu ini. Kemudian, kami perlu fokus untuk proses penyediaan air kolam rawatan. Ini adalah sangat penting bagi menghadapi segala kemungkinan serangan virus dan isu kerosakan kualiti air.

Harap2, semuanya akan dapat difahami, di atasi dan di kecapi.....sekian salam penternakan.....;p

1 comment:

  1. singgah cni n follow.. salahke pekerjaan sy tu huhu

    emm, utk entry ni, ameen insyaAllah.. semoga berjaya!! ~suke udang sangat~

    ReplyDelete